38.
Pasaran
modal
negara
berkembang
pesat
walaupun
terdapat
ketidaktentuan dalam ekonomi global. Malaysia terus menerajui terbitan sukuk
dengan menyumbang 71 peratus atau 171 bilion ringgit daripada jumlah
terbitan sukuk global dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012. Ini terbukti
dengan terbitan sukuk tunggal terbesar di dunia oleh PLUS Berhad bernilai
30.6 bilion ringgit.
39.
Di samping itu, industri pengurusan dana dan amanah saham
menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam tempoh pertama 2012 dengan aset
yang diuruskan meningkat kepada 451.9 bilion ringgit dan nilai aset bersih
sebanyak 277.8 bilion ringgit.
40.
Pada tahun 2012, pasaran ekuiti negara telah mencatat peningkatan
yang monumental dengan menyaksikan tawaran awam awal atau IPO yang
bernilai 17.4 bilion ringgit. Ia merupakan peningkatan 162 peratus berbanding
2011. Sejarah tercipta apabila dua daripada tiga IPO terbesar di dunia iaitu
Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dengan nilai 9.9 bilion ringgit dan IHH
Healthcare Berhad dengan nilai 6.3 bilion ringgit telah diterbitkan. Terkini,
Astro akan disenaraikan pada bulan Oktober 2012 dengan jangkaan nilai
terbitan yang besar.
41.
Untuk
terus
mencergaskan
pasaran
modal
dan
ekuiti
negara,
Suruhanjaya Sekuriti akan menyediakan rangka kerja bagi terbitan AgroSukuk
untuk syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian, terutamanya dengan
kejayaan penyenaraian FGVH. Dengan terdapatnya instrumen seperti
AgroSukuk, ia dapat mengumpulkan modal bagi membiayai syarikat-syarikat
pertanian dan industri asas tani. Justeru, untuk menggalakkan terbitan
AgroSukuk, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sukuk
tersebut diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun mulai tahun
taksiran 2012 hingga 2015.
42.
Selain daripada pelabur institusi, buat pertama kalinya, Kerajaan
menggalakkan pelabur runcit menyertai pasaran modal. Bagi tujuan ini, SC
telah menyediakan satu rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit untuk
membolehkan pelabur-pelabur runcit memiliki pegangan dalam pasaran bon
dan sukuk. Sebagai permulaan, DanaInfra Nasional Berhad akan menerbitkan
bon runcit bernilai 300 juta pada akhir tahun 2012 untuk membiayai
pembangunan projek MRT.
43.
Bagi mendorong syarikat menerbitkan bon dan sukuk runcit, Kerajaan
mencadangkan perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit
tersebut diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
Pada masa yang sama, pelabur individu pula, diberi pengecualian duti setem
ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
44.
Suruhanjaya Sekuriti akan menubuhkan Pusat Promosi Pasaran Modal
bagi memastikan keberkesanan dan promosi secara holistik pasaran modal Malaysia di peringkat antarabangsa. Pusat ini akan memastikan pendekatan
bersepadu dengan menyediakan inisiatif yang konsisten untuk menempatkan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pendanaan.
45.
Bagi meningkatkan penawaran golongan profesional untuk menyokong
pertumbuhan pasaran modal, SC akan memperkenalkan inisiatif Graduate
Representative Program. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama
sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan supaya dapat memenuhi keperluan
industri sekuriti dan derivatif.
Jumaat, 28 September 2012
Mencergaskan Pasaran Modal dan Kewangan
Lainnya dari 4.1.g. Mencergaskan Pasaran Modal dan Kewangan, fokus1

Ditulis Oleh : Guru Besar Hari: 6:42 PG Kategori: fokus1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan