109.
Memang benar, wanita bukan sahaja penting dalam pembentukan
keluarga bahagia malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Untuk itu, Kerajaan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyokong
dwi peranan wanita ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pertama :
Seramai 500 wanita akan dilatih di bawah Program Pengarah
Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah
syarikat;
Kedua :
Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) akan
dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan
kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan; dan
Ketiga :
Program Get Malaysian Business Online (GMBO) bagi membantu
50 ribu usahawan kecil, terutamanya wanita melonjakkan
perniagaan dengan meningkatkan jualan secara atas talian
dengan geran seribu ringgit melalui peruntukan 50 juta ringgit
oleh SKMM.
Keempat :
Peruntukan
sebanyak
25
juta
ringgit
untuk
kemudahan
pemeriksaan percuma ujian Mamogram. Langkah ini dijangka
dapat memanfaatkan seramai 100 ribu wanita berumur 40 tahun
dan ke atas.
110.
Sesungguhnya Kerajaan amat menitikberatkan golongan yang kurang
bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam memastikan mereka ini tidak
ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Justeru, program Kebajikan
Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion
ringgit meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun
pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik.
111.
Kerajaan telah melancarkan program 1AZAM atau Akhiri Zaman Miskin
yang bertujuan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada golongan
berpendapatan rendah. Antara program di bawah inisiatif ini adalah Azam
Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat. Untuk ini, Kerajaan
memperuntukkan sejumlah 400 juta ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan
sebanyak 58,330 peserta.
112.
Selain itu, Kerajaan telah menyediakan 2 pusat Anjung Singgah
bertujuan untuk menempatkan warga emas, kanak-kanak jalanan dan mereka
yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mereka mendapat
pekerjaan atau kemudahan tempat tinggal yang tetap. Seterusnya, Kerajaan
menambah lagi 6 pusat Anjung Singgah. Kerajaan juga akan mewujudkan 5 Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi
menyediakan tempat penginapan sementara dan selesa kepada pesakit miskin
atau ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di
hospital Kerajaan.
Jumaat, 28 September 2012
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lainnya dari 8.7. Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, fokus5
Ditulis Oleh : Guru Besar Hari: 8:15 PG Kategori: fokus5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan