134.
Sesungguhnya, Kerajaan ini adalah Kerajaan rakyat, dari rakyat untuk
rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi.
Kerajaan ini tidak akan sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan
membahayakan masa depan orang ramai. Bukan seperti sesetengah pihak,
yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itu pun percuma, hutang
tak perlu bayar, hatta menjanjikan syurga semata-mata untuk berkuasa.
Namun, saya selaku Menteri Kewangan, tidak akan menyembunyikan
kebenaran, sekalipun ia pahit. Pendek kata, Kerajaan ini tidak akan mengaburi
mata rakyat.
135.
Menyedari hakikat inilah, Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif
rasionalisasi subsidi dan mengalih secara berperingkat kaedah pemberian
subsidi daripada subsidi pukal yang membawa kepada banyak ketirisan dan
sehingga orang yang berada pun memperoleh, kepada subsidi yang bersasar.
Di bawah prinsip ini, subsidi akan diteruskan tetapi akan diberi hanya kepada
kelompok yang betul-betul memerlukannya. Hakikatnya, jika Kerajaan terus
memberi subsidi secara pukal, ia akan menghancurkan kedudukan kewangan
negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat, seperti mana yang
berlaku di sesetengah negara di dunia. Sebagai sebuah Kerajaan yang
bertanggungjawab, kita tidak rela perkara tersebut berlaku.
136.
Bersesuaian dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi
bersasar, Kerajaan komited bagi memastikan setiap segmen rakyat Malaysia
dapat mengongsi kemakmuran negara. Ini hanya akan berlaku, sekiranya
ekonomi nasional terus tumbuh secara mapan dan kekayaan negara dapat
terus dijana. Sukacita saya mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia atau BR1M 2.0. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah
yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebagai tambahan, sukacita
juga saya mengumumkan pemberian BR1M 2.0 ini diperluaskan kepada
individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini
adalah sebanyak 250 ringgit.
137.
Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah
satu langkah populis malah manifestasi sebuah Kerajaan bertanggungjawab
dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah. Ia memanfaatkan
4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion
ringgit. Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013. Bagi memudahkan
pelaksanaan, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali
kedua manakala pemohon baru boleh mula mendaftar mulai November 2012
secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri,
Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.
138.
Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya
diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun. Setakat ini, sekitar 2.6 juta
rakyat
Malaysia
mengidap
diabetes.
Oleh
itu,
Kerajaan
bercadang
mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai 29 September
2012.
Kerajaan
menyeru
kepada
para
peniaga
bahawa
janganlah
membebankan saudara se-Malaysia dengan kenaikan harga. Sebaliknya
kurangkanlah kandungan gula.
139.
Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih lagi menanggung
subsidi gula sebanyak 34 sen satu kg yang melibatkan perbelanjaan sebanyak
278 juta ringgit. Malah pengurangan subsidi ini disokong oleh persatuan-
persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
140.
Selanjutnya,
untuk
menampung
perbezaan
harga
dan
kuota
penggunaan minyak masak yang semakin meningkat, Kerajaan akan
menyediakan peruntukan sebanyak 1.5 bilion ringgit bagi menstabilkan harga
minyak masak di pasaran.
Jumaat, 28 September 2012
Bantuan dan Insentif Rakyat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Lainnya dari 8.14. Bantuan dan Insentif Rakyat (BR1M), fokus5

Ditulis Oleh : Guru Besar Hari: 8:35 PG Kategori: fokus5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan