122.
Bercakap pula ehwal perkhidmatan pengangkutan awam yang baik, ia
adalah nadi kepada pembangunan sesebuah komuniti. Lanjutan daripada
kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang, Kerajaan akan melancarkan
RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan
pengangkutan bas berkualiti di Kuantan yang dapat memanfaatkan rakyat
teramai. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan
perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota
Kinabalu.
123.
Kerajaan memandang serius kepentingan pengangkutan bagi orang
ramai terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di bandar besar. Pada
masa ini, golongan OKU, pesara dan pelajar telah menikmati diskaun 50
peratus kadar tambang apabila menggunakan perkhidmatan komuter KTMB.
Sebagai lanjutan, suka saya mengumumkan, bahawa Kerajaan bersetuju untuk
memperluaskan diskaun 50 peratus kadar tambang ini, kepada semua
warganegara Malaysia yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah.
Jumaat, 28 September 2012
Memperluas Jaringan Pengangkutan Awam Bandar
Lainnya dari 8.10. Memperluas Jaringan Pengangkutan Awam Bandar, fokus5

Ditulis Oleh : Guru Besar Hari: 8:22 PG Kategori: fokus5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan