62.
Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan
prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan
pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan
pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat,
Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi
Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah
Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
63.
Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang
berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna
di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan
mencadangkan insentif-insentif berikut:
- Pertama:
Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu
mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan
1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;
- Kedua:
Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi
kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada
majikan;
- Ketiga:
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun
bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada
pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan
- Keempat: Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.
0 ulasan:
Catat Ulasan